KLUANG, 31 Oktober - Seramai 33 individu diperiksa dalam operasi Bersepadu Khas yang dijalankan di sekitar Simpang Renggam dan Bandar Kluang, antara 28 Oktober hingga semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, 10 daripada mereka ditahan selepas positif dadah jenis methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC) menerusi ujian awal air kencing yang dijalankan.
Katanya, semua lelaki yang ditahan berusia antara 23 hingga 47 tahun.
"Turut dikeluarkan, 40 saman Polis Diraja Malaysia (K) 257 atas pelbagai kesalahan trafik, menerusi pemeriksaan ke atas 101 individu dan 93 kenderaan", katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.