fb fb fb fb fb

Op Taring Wawasan tumpas aktiviti penyeludupan

Beras yang cuba diseludup dari negara jiran berjaya dirampas dalam Op Taring Wawasan - FB FB Briged Tenggara PGA

RANTAU PANJANG, 23 Jun - Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melakukan beberapa tangkapan dan rampasan melalui Op Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan Batalion (BN) 9, hari ini dan semalam.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, Briged Tenggara (PGA) memaklumkan, kejayaan pertama membabitkan rampasan 5,000 anak pokok ceri Barbados dan 5,000 anak pokok bunga cengkih.

2306 KLTN OP TARING WAWASAN PGA 1Anak pokok yang dirampas hasil pemeriksaan sebuah lori - FB Briged Tenggara PGA

Rampasan dibuat hasil pemeriksaan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan di hadapan Klinik Kesihatan Gual Tinggi, di sini pada pukul 11 pagi tadi.

Hasil pemeriksaan menemukan tanaman berkenaan dalam lori tersebut dan disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

"Pemandu lori berumur 34 tahun dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke sebuah nurseri tempatan.

"Rampasan dianggarkan bernilai RM400,000 termasuk lori dan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167)," menurut kenyataan itu.

2306 KLTN OP TARING WAWASAN PGA 6Pemandu ditahan selepas pemeriksaan mendapati tangki minyak kenderaannya diubah suai untuk menyeludup petrol - FB Briged Tenggara PGA

Kejayaan kedua membabitkan rampasan lebih 50 liter minyak petrol bersubsidi bernilai RM102.50 yang cuba diseludup ke negara jiran.

Rampasan dibuat hasil pemeriksaan sebuah kereta di Pos Simpangan, Tumpat pada pukul 10.45 pagi semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati petrol berkenaan berada dalam tangki ubah suai kereta dipandu suspek berumur 50 tahun yang menjadi penghantar untuk menyeludup minyak ke Thailand.

"Hasil rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

2306 KLTN OP TARING WAWASAN PGA 3Suspek berjaya melarikan diri menaiki perahu - FB Briged Tenggara PGA

Sementara itu, kegiatan penyeludupan produk kosmetik melalui Pengkalan Haram Che Aziz di Kuala Jambu, Tumpat turut berjaya dipatahkan.

Pasukan BN 9 PGA yang menjalankan operasi terserempak dengan beberapa lelaki sedang memindahkan barang dari perahu ke tebing sungai di pengkalan haram berkenaan pada 11 pagi semalam.

"Kesemua suspek melarikan diri ke Thailand dengan menaiki perahu setelah menyedari kehadiran polis.

"Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis produk kosmetik anggaran nilai RM28,000 berada dalam bungkusan plastik hitam dan disyaki untuk dijual ke pasaran tempatan," katanya.

Hasil rampasan dibawa ke Kementerian Kesihatan (KKM) Kelantan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

2306 KLTN OP TARING WAWASAN PGA 7 1,000kg beras ditemui dalam kenderaan suspek - FB Briged Tenggara PGA

Dalam pada itu, BN 9 PGA juga berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan beras apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Chabang Empat Telaga Bata, Tumpat, 3.30 petang semalam.

Bagaimanapun pemandu kenderaan terbabit berjaya melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1,000 kilogram (kg) beras putih disyaki dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM4,000 ditemui dalam kenderaan berkenaan.

"Hasil rampasan diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994," katanya.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK