fb fb fb fb fb

Op Selamat 23: 419 saman dikeluarkan pada hari pertama di Perak

Gambar hiasan

IPOH, 28 Januari – Sebanyak 419 saman dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak pada hari pertama pelaksanaan Op Selamat 23 di negeri ini, kataPemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Polis (DCP) Zulkafli Sariaat.

Daripada jumlah tersebut, kesalahan nombor pendaftaran tidak mematuhi peraturan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 78 kes.

"Dua lagi kesalahan utama ialah tidak memakai tali pinggang keledar dan topi keledar serta tiada lesen memandu.

"Selain itu, kesalahan lain yang turut dikesan termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans yang tamat tempoh, halangan lalu lintas, serta pelbagai kesalahan trafik lain," katanya.

Tambah beliau, semua saman yang dikeluarkan adalah di bawah peruntukan PDRM (K) 257.

Operasi ini, yang dijalankan dari pukul 10 pagi hingga 1 petang, melibatkan 33 pegawai dan 217 anggota JSPT.

Op Selamat 23 bermula hari ini hingga 2 Februari, sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kemalangan sepanjang tempoh perayaan.

GRACE AISYAH KEDAYAN