fb fb fb fb fb

OP Samseng: Enam remaja ditahan buat aksi bahaya

FOTO PDRM

KUCHING, 8 Julai- Seramai enam remaja berusia lingkungan 15 hingga 18 tahun ditahan polis dalam Op Samseng kerana melakukan aksi motorsikal dalam keadaan bahaya di sini, Sarawak, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Ahsmon Bajah dalam kenyataan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Polis turut menyita 53 buah motosikal di bawah Seksyen 60 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1978 atas pelbagai kesalahan mengubah suai kenderaan.

Sementara itu, sebanyak 384 saman dikeluarkan termasuk 69 saman ubai suai struktur motosikal dan ekzos, tiada cermin sisi (52), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (59), tiada lesen memandu (34) dan cukai jalan tamat tempoh (36).

Op Samseng yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching itu bermula sekitar pukul 12.30 tengah malam melibatkan seramai enam pegawai dan 36 anggota.

Sebanyak 365 buah motosikal telah diperiksa polis dalam operasi berkenaan.

SITI AISHAH MD ISA