fb fb fb fb fb

Bom mortar ditemukan dalam rumah sewa

FOTO PDRM

MERLIMAU, 8 Julai- Sebutir bom mortar ditemukan dalam sebuah rumah sewa tidak berpenghuni di Taman Bukit Tembakau dekat sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Jasin, Timbalan Penguasa Polis (DSP), Ahmad Jamil Radzi berkata, ia disahkan bom mortar oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka yang menjalankan siasatan.

Ia yang berukuran panjang 300 milimeter (mm) dan diameter 60 mm itu bagaimanapun tidak berisi dengan bahan letupan serta dipercayai digunakan untuk tujuan latihan. 

Bom tersebut telah di bawa ke IPK Melaka bagi tindakan pelupusan, manakala penyewa rumah sedang dikesan polis untuk siasatan.

Terdahulu pemilik rumah memaklumkan bahawa penyewa telah meninggalkan rumah itu sejak awal Januari lalu dan meminta bantuan jiran untuk mengemaskan rumah terbabit pada Sabtu lalu.

Namun, jiran memberitahu dia menemui objek menyerupai bom menerusi gambar yang dihantar sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Merlimau.

SITI AISHAH MD ISA