fb fb fb fb fb

Menyorok atas siling pun kantoi, 895 warga asing dicekup

Dua warga asing ditemui bersembunyi atas siling rumah kedai ketika serbuan Imigresen di Medan Imbi, Kuala Lumpur/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 April – Taktik dua warga asing cuba meloloskan diri dari serbuan pihak berkuasa dengan bersembunyi atas siling sebuah rumah kedai tidak kesampaian apabila tindakan mereka dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu malam tadi.

Kedua-duanya merupakan antara 895 warga asing yang diberkas dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Medan Imbi, termasuk 146 rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, seramai 506 warga asing ditahan disyaki melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang imigresen seperti tiada dokumen pengenalan, melanggar syarat-syarat pas dan tinggal lebih masa. 

Ini termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, melanggar syarat pas dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Kita memang pantau secara berterusan. Ini bukan kali pertama operasi dilakukan di kawasan ini. Setiap kali ada pemeriksaan mengejut, kita pasti dapat mengenal pasti mereka yang melanggar peraturan dan akta imigresen,” katanya selepas operasi malam tadi.

Menurut beliau, tangkapan melibatkan warga asing berusia antara 25 hingga 65 tahun, terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

Semua yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut, termasuk proses dokumentasi serta semakan latar belakang.

Tambah Zakaria, dari 1 Januari hingga 16 April 2025, seramai 52,318 individu telah diperiksa, dengan 22,486 pendatang tanpa izin berjaya ditangkap.

"Selain itu, 491 majikan turut dikenakan tindakan undang-undang kerana menggaji warga asing secara tidak sah," katanya.

Operasi malam tadi turut menyasarkan premis-premis perniagaan yang dipercayai menggaji pendatang tanpa izin dan dijalankan secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan.

GRACE AISYAH KEDAYAN