fb fb fb fb fb

Mayat dalam kolah: Lelaki warga asing direman seminggu

KLANG, 5 Disember - Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan mayat di dalam kolah bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang di sini dua hari lepas.

Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid membenarkan reman bermula hari ini hingga 11 Dis selepas permohonan berkenaan dikemukakan oleh polis hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 53 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Klang pada 9.47 pagi dengan diiringi anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada malam tadi mengesahkan penemuan mayat dipercayai wanita dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar dekat sini.

Hussien berkata seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis masih mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat berkenaan.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat dalam kolah: Polis kesan dua lelaki warga asing

Polis sahkan penemuan mayat disimen dalam kolah

GRACE AISYAH KEDAYAN