fb fb fb fb fb

Tiga lelaki dicekup, disyaki terlibat pergaduhan bersenjata tajam

Mereka dipercayai terlibat dalam pergaduhan sekumpulan individu bersenjata tajam di hadapan sebuah premis, di Johor Bahru / Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 5 Disember - Tiga lelaki berusia 26 hingga 28 tahun ditangkap di dua lokasi berasingan, di sekitar Johor Bahru, pada Isnin.

Mereka dipercayai terlibat dalam pergaduhan sekumpulan individu bersenjata tajam di hadapan sebuah premis, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata pihaknya mengesan sebuah video tular di media sosial yang dimuat naik oleh pemilik akaun "Johor" memaparkan kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira pukul 12.45 malam.

"Pada serbuan itu, polis turut merampas empat buah telefon bimbit, sebuah beg galas, sebilah parang, sehelai baju dan seluar, sepasang kasut serta sebuah kenderaan. 

"Semakan rekod lampau menunjukkan, ketiga-tiga suspek mempunyai satu rekod dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod senarai hitam kes jenayah," katanya menerusi kenyataan. 

ACP Raub berkata, polis masih giat mengesan beberapa lagi suspek dan punca kejadian masih dalam siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN