fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia gagalkan cubaab seludup diesel di perairan Tanjung Piai

FOTO MARITIM MALAYSIA

PONTIAN, 15 Januari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel oleh empat warga Indonesia di perairan Tanjung Piai, pukul 6 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, mereka disyaki menyeludup diesel menggunakan bot kayu tanpa tanda nama.

Menurutnya, kejadian berlaku di kedudukan 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan bot kayu tersebut dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 5.30 pagi sebelum melakukan pemeriksaan lanjut terhadap bot kayu tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai pengenalan diri dan membawa sekitar 1,880 liter bahan bakar disyaki diesel di dalam tong minyak pelbagai saiz.

Kesemua warga asing itu dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai bagi siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kastam 1967 manakala bekalan diesel disita.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE