fb fb fb fb fb

MAQIS Perak rampas produk hasilan babi dari Macau

Lapan kilogram produk hasilan babi yang dibawa masuk menerusi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perak, Isnin lalu / Foto MAQIS

IPOH, 24 Julai - Lapan kilogram produk hasilan babi yang dibawa masuk menerusi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perak, Isnin lalu.

Pengarah MAQIS Perak, Mohd Noor Hashim berkata produk tersebut dibawa dari negara Macau oleh seorang warga tempatan tanpa kebenaran, sebelum dikesan pihak MAQIS.

"Hasil pemeriksaan mendapati produk hasilan babi yang dibawa masuk tidak mempunyai permit import MAQIS yang sah," katanya menerusi kenyataan.

Kesemua barang tersebut telah dirampas di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN