fb fb fb fb fb

'Lubuk' warga asing diserbu, sitaan dan kompaun dikeluarkan

Lebih 900 orang warga asing menjalani pemeriksaan di sekitar bandar Seremban

SEREMBAN, 19 Februari - Lebih 900 orang warga asing menjalani pemeriksaan di sekitar bandar Seremban termasuk lorong bangunan dan premis kosong.

Ini menerusi Operasi Bersepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Polis Daerah, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata operasi susulan aduan keresahan masyarakat terhadap kewujudan pendatang asing tanpa izin dan aktiviti jenayah.

"Serbuan dilakukan di lorong bangunan dan premis kosong yang merupakan kawasan tumpuan warga asing berkumpul terutamanya pada hujung minggu. Kita sudah buat semakan tiga minggu kemudian lancarlah operasi bersepadu ini," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad berkata tujuh sitaan dibuat di bawah Undang-Undang Kecil Tred.

Beliau berkata, 13 kompaun turut dikeluarkan terhadap pemilik premis perniagaan terutamanya restoran dan kedai runcit.

Katanya, antara kesalahan itu ialah jumlah pekerja warga asing melebihi syarat ditetapkan

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN