fb fb fb fb fb

Lepas kelar leher anak, isteri hantar gambar kepada suami melalui Whatsapp

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU, 17 Mac - Seorang ibu kandung bukan sahaja sanggup mengelar leher bayi lelaki malah tindakan wanita itu sempat menghantar gambar mangsa yang berlumuran kepada suami melalui kiriman WhatsaApp, di sini, semalam.

Mangsa, seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibu kandungnya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 1.30 tengah hari berhubung kejadian tragik itu.

"Tangkapan dibuat ke atas suspek warga tempatan berusia 32 tahun untuk membantu siasatan lanjut.

"Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

"Suspek akan direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut Kumar, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

"Motif dan punca kematian masih disiasat," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN