KUALA LUMPUR, 10 April- Seorang lelaki dari India didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara di hadapan sebuah restoran di kawasan Masjid India, awal bulan ini
Tertuduh, Abhuhanifa, 52 mengangguk faham dengan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapannya.
Dalam kejadian itu, tertuduh yang juga bersama seorang rakannya, mendiang Muthithian Kamalanathan Thuronan telah membunuh seorang lelaki gelandangan pukul 5.14 petang, 1 April lepas.
Mangsa dikenal pasti sebagai lelaki, namun nama penuhnya belum diketahui.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 Jun bagi sebutan kes dan laporan bedah siasat bagi pengesahan identiti mangsa.