fb fb fb fb fb

Lelaki panah anjing telah didakwa Isnin lalu - Polis

Foto FB orang awam/Harshu Kutty

IPOH, 27 Disember- Polis Perak mengesahkan bahawa seorang lelaki yang membunuh seekor anjing di Ladang Malaya, Selama, dengan memanah haiwan tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping, Isnin lalu.

Menerusi satu kenyataan, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, suspek berusia 44 tahun itu dibebaskan dengan jaminan, sementara menunggu tarikh perbicaraan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah dibebaskan pada hari sama selepas dituduh di mahkamah, sementara menunggu tarikh perbicaraan kes,” katanya.

Jelas Zulkafli, lelaki berkenaan telah ditahan pada 22 Disember lalu.

Berikutan penahanan tersebut, pihak polis turut merampas satu busur panah dan lima batang anak panah yang dipercayai digunakan untuk membunuh anjing tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM