fb fb fb fb fb

Lelaki Pakistan didakwa curi petrol, mengaku tidak bersalah

Tertuduh, Dilawar Khan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 27 Ogos - Seorang lelaki Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan mencuri minyak petrol di Iskandar Puteri, pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh, Dilawar Khan, 38 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Tertuduh didakwa dengan niat curang, mencuri 2.5  liter minyak petrol daripada motosikal milik seorang lelaki berumur 29 tahun.

Kesalahan dilakukan di ruang meletakkan kenderaan, di kawasan Forest City, Iskandar Puteri.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan sebutan semula kes pada 9 September ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman, mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

ROSLINA BINTI DIN