fb fb fb fb fb

Lelaki disyaki rompak warga emas sedang dikesan polis

FOTO FAIL

IPOH, 26 Februari - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kes rompakan terhadap warga emas di Simpang Pulai, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor dalam kenyataan memaklumkan, satu laporan polis berkaitan kejadian tersebut telah diterima pada pukul 1.35 minit petang.

"Suspek yang merupakan warga tempatan dikatakan telah memukul dan meragut rantai tangan emas mangsa yang merupakan seorang perempuan berusia 62 tahun dan dikatakan menaiki sebuah motosikal," menurut kenyataan itu.

Siasatan sedang dijalankan bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk pegawai penyiasat Insp. Fatin Nur Nazihah di talian 019- 6363536 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
 

TETITIA YUSOFF