KUALA LUMPUR, 10 Disember- Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di Kampung Sungai Penchala direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam semalam di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif tiga jenis dadah.
Allaudeen berkata suami isteri berkenaan ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah akibat ditikam oleh suspek.
"Siasatan forensik di tempat kejadian menjumpai berberapa peralatan yang dipercayai senjata yang digunakakan suspek.
"Peralatan yang ditemukan ialah mata pisau, hulu pisau, batang kayu, serpihan kayu, satu helmet, meja kayu bulat dan sepasang kasut berwarna hitam dipercayai milik suspek ditinggalkan," katanya dalam sidang media di IPD Brickfields.
Suspek turut mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan dadah sejak Januari 2016 hingga November 2023.
Dia ditahan pada 30 November bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 1 Disember dan diberikan jaminan sebanyak RM2,000.
Bagaimapaun suspek ditahan di Lokap IPD Brickfields untuk siasatan lanjut. Permohonan reman terhadapnya dijalankan hari ini dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur (direman) hingga Sabtu depan,
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Allaudeen berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.