fb fb fb fb fb

Lelaki 55 tahun mengaku tidak bersalah cederakan siak

Sebutan semula kes, 29 Januari 2026 dan tertuduh dibenarkan diikat jamin /Foto RTM

TAIPING, 16 Disember - Seorang individu mengaku tidak bersalah di Mahkmah Sesyen di sini, atas pertuduhan mencederakan siak surau menggunakan parang.

Tertuduh, Kamarulzaman Kamaruddin, 55 tahun mengangguk faham dan mohon dibicara selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Noor Sakinah Haroon Arashid.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mengakibatkan kecederaan parah terhadap Normuda Mod Noor, 68 tahun, dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting, pada pukul 2.30 petang, 10 Disember lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 29 Januari 2026 dengan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala, tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, (YBGK) Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha.

FAUZIAH ABD RAHMAN