BUTTERWORTH, 2 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya merampas 4,100 liter minyak diesel bersubsidi yang diseludup menerusi Ops Tiris 3.0.
Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata, rampasan dibuat dalam operasi di sebuah stor dekat Taman Tambun Indah, Simpang Ampat.
"Nilai rampasan minyak terbabit dianggarkan hampir RM9,000.
"Turut dirampas sebuah motolori bonded, dua unit tangki 'Intermediate Bulk Container' (IBC) dan dua set pam berserta hos paip," katanya di sini.
Siasatan mendapati lori terbabit telah diubah suai dengan menambah tangki bagi menjalankan kegiatan penyeludupan berkenaan.
Operasi dijalankan hasil risikan selama dua minggu dan siasatan lanjut mendapati diesel yang diseleweng itu untuk pasaran tempatan.
Keseluruhan nilai rampasan yang disita dianggarkan bernilai RM24,815.
Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.