fb fb fb fb fb

KPDN Perlis tahan lelaki disyaki seleweng petrol

Foto: KPDN Perlis

KANGAR, 8 September- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menahan seorang lelaki serta merampas 81 liter minyak petrol bersubsidi bernilai RM5,666.05 yang dipercayai diseleweng dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Padang Besar pada Jumaat.

Pengarah KPDN Perlis, Hasbullah Abd Rashid berkata lelaki tempatan itu ditahan anggota penguat kuasa semasa dia sedang mengisi minyak kereta di stesen berkenaan pada 9.27 malam.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati kereta lelaki berusia lingkungan 20-an itu mempunyai dua unit tangki tambahan yang diubah suai.

"Dua unit tangki tambahan itu berada pada bahagian tempat duduk belakang dan bonet belakang kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kereta bernombor pendaftaran Malaysia itu disita dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (Akta 122).

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI