fb fb fb fb fb

KPDN Johor rampas 3,585 telekung tiruan bernilai RM126,775

Foto RTM

BATU PAHAT, 13 November – Sebanyak 3,585 pasang telekung berjenama disyaki tiruan bernilai RM126,775 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dalam serbuan di sebuah kediaman di Rengit, di sini, 5 November lalu.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata tindakan diambil susulan aduan daripada pemilik cap dagang berkenaan selepas risikan dilakukan selama dua minggu.

"Operasi yang dijalankan bersama wakil cap dagang turut merampas 700 unit beg bersulam dan 100 unit kotak yang menggunakan label jenama terbabit," katanya menerusi kenyataan.

Seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan pemilik perniagaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Cap Dagangan 2019.

Hasil siasatan awal mendapati syarikat milik suspek telah beroperasi selama dua tahun dan aktif dalam penjualan dalam talian kepada pelanggan serta pembelian terus dari rumah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN