fb fb fb fb fb

KPDN bongkar sindiket seleweng minyak diesel bernilai RM27,000 di Kuching

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (KPDN) Sarawak menyita lima buah kenderaan dan minyak diesel lebih 12,569 liter/Foto KPDN

KUCHING, 27 Mac -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (KPDN) Sarawak menyita lima buah kenderaan dan minyak diesel lebih 12,569 liter dengan nilai anggaran lebih RM27,023.35 melibatkan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi diesel di negeri ini, semalam.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, pihaknya menerima satu kes serahan daripada Polis Gerakan Am (PGA) dan hasil pemeriksaan medapati terdapat aktivti penyelewangan barangan kawasan bersubsidi di Jalan Tan Sri Amar Wee.

"Kesuluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM289,623," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan mengenalpasti bagi individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel yang diperolehi kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran WhatsApp di 019-848 8000 atau Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-80, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

GRACE AISYAH KEDAYAN