fb fb fb fb fb

22 kes sisasatan dibuka terhadap N. Ganesparan

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Seorang individu didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam, Sultan Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.  Namun tindakan itu dipercayai dilakukan di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berkenaan bukan kali pertama menyentuh sensitiviti berkaitan 3R (bangsa, agama, raja).

Bagaimanapun polis telah membuka 22 kertas siasatan melibatkan lelaki itu yang dikenali sebagai N. Ganesparan.

"Pada 2021 pihak polis telah buat pertuduhan secara in absentia iaitu tanpa beliau hadir di mahkamah. Kita membuat pertuduhan ke atas beliau kerana menghina dan memfitnah Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pada masa itu," katanya dalam sidang media di ibu negara.

Ganesparan dipercayai berada di sebuah negara di Eropah dan belum dapat dikesan kembali ke Malaysia.

Sebelum ini, permintaan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyenaraikan Ganesparan bawah Notis Merah, badan itu menolak perkara berkenaan kerana ia tidak tersenarai dalam Artikel 3, Interpol.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI