fb fb fb fb fb

Koperal polis direman, minta suapan bantu lelaki bebas bawah SOSMA

Seorang koperal polis direman lima hari selepas dipercayai meminta suapan RM80,000 bagi membantu membebaskan seorang lelaki ditahan bawah SOSMA

GEORGE TOWN, 19 Disember- Seorang koperal polis direman lima hari selepas dipercayai meminta suapan RM80,000 untuk membantu membebaskan seorang lelaki ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Azlan Basri terhadap suspek bermula hari ini hingga 23 Disember.

Semalam, SPRM Pulau Pinang menahan seorang anggota penguatkuasa dipercayai meminta rasuah daripada seorang wanita untuk membantu membebaskan suaminya yang ditahan bawah SOSMA.

Suspek disyaki menghubungi isteri lelaki itu melalui panggilan telefon pada 30 November lepas bertujuan meminta wang sebagai balasan mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan SOSMA. 

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan suspek akan disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI