fb fb fb fb fb

Kes samun, empat suspek direman termasuk anggota polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Seorang lagi suspek kes samun di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Setakat ini seramai empat suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta hadir ke IPD Kajang untuk berkongsi maklumat," katanya menerusi kenyataan.

Semalam, media melaporkan tiga anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata ke atas sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN