KUALA TERENGGANU, 6 Februari- Seorang pegawai penguat kuasa ditahan reman selama lima hari sehingga 10 Februari depan dipercayai meminta rasuah daripada seorang wanita.
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Suspek didakwa meminta rasuah sebagai balasan untuk tidak meneruskan pertuduhan jenayah mengikut Kanun Keseksaan yang dihadapi wanita berkenaan.
Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.