fb fb fb fb fb

Kes kelar peniaga, polis buru 'Holy'

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad / Foto RTM

GEORGETOWN, 6 Februari-Polis sedang memburu suspek utama kes pergaduhan melibatkan perniaga parah dikelar dengan pisau di pangsapuri  di Bandar Baru, Air Itam pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek utama Ong Wei Loon atau nama panggilannya Holy berusia 36 tahun.

"Kita ada membuat dua tangkapan berkaitan untuk membantu siasatan tetapi kita masih mencari lagi satu suspek utama suspek dalam kejadian ini.

"Lelaki China berumur 36 tahun, sebab kita sudah cuba mencari dan percaya dia telah melarikan diri dari Pulau Pinang dan kita sudah cuba untuk mengesan suspek", katanya di sini.

Sebelum ini, pihaknya telah menahan reman dua lelaki berusia 39 dan 48 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kedua-duanya ditahan reman selama tujuh hari.

Hasil siasatan mendapati dua individu yang direman sebelum tidak terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, Abdul Rozak menafikan spekulasi mangsa berusia 40 tahun itu dikelar disebabkan kegiatan perjudian mahupun along seperti yang tular di media sosial.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan seramai 1,405 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang sambutan Thaipusam di negeri itu.

Pegawai berkenaan ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan orang ramai pada sambutan yang akan berlangsung pada Selasa depan.

Katanya, pihak polis turut menjangkakan kehadiran sekitar 100,000 pengunjung sepanjang sambutan berlangsung.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD