fb fb fb fb fb

Kes pecah rumah, polis tahan empat lelaki

Foto RTM

KULAI, 26 Julai-Polis menahan empat lelaki di dua lokasi berasingan di Johor Bahru, pada 12 Julai lalu, dipercayai terlibat kes pecah rumah di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan pada 10 Julai lalu, daripada seorang wanita berumur 34 tahun yang mendakwa rumahnya dipecah masuk dan kehilangan barang kemas.

Turut dirampas, pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba dan tab dipercayai barangan curi, dua buah kereta, serta peralatan mesin yang digunakan pecah rumah.

Hasil siasatan mendapati, kesemua suspek berusia 41 hingga 55 tahun mempunyai pelbagai rekod jenayah dan positif methaphetamine.

Tangkapan berkenaan  berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah rumah sekitar Kulai, Pontian dan Seri Alam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD