KOTA BHARU, 22 Oktober- Polis Kelantan membuka 349 kertas siasatan berkaitan jenayah seksual sejak Januari hingga September tahun ini, meningkat 92 kes berbanding 257 kes pada tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kes rogol dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak mencatat kadar tertinggi, manakala selebihnya melibatkan kes cabul kehormatan, liwat, isyarat lucah, pengedaran gambar lucah dan pengintipan.
"Peningkatan 35.8 peratus ini menunjukkan kita tidak boleh bersikap diam atau menunggu sehingga berlaku kes baharu. Isu ini memerlukan tanggungjawab kolektif masyarakat, termasuk ibu bapa, guru, pemimpin, serta pihak berkuasa," katanya ketika merasmikan pelancaran Program Citra Remaja Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.
Beliau menambah, antara punca utama gejala terbabit adalah pengaruh bahan lucah, pergaulan bebas tanpa batas dan hilangnya rasa malu dalam diri remaja masa kini.
Dalam perkembangan lain, Datuk Mohd Yusoff berkata, pihak polis juga membuka 25 kertas siasatan berkaitan kes buli di sekolah sepanjang Januari hingga September, disiasat mengikut Seksy