fb fb fb fb fb

Kes jenayah komersial di Pontian meningkat, kerugian cecah RM30.5 juta

Jumlah itu menunjukkan peningkatan RM2.2 juta daripada 312 kes berbanding tempoh sama tahun lalu

PONTIAN, 12 Disember - Sebanyak RM30.5 juta kerugian direkodkan dalam 458 kes penipuan dan jenayah komersial yang dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dari Januari hingga November lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.2 juta daripada 312 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kes pelaburan tidak wujud mencatatkan kerugian tertinggi dengan RM5.32 juta daripada 52 laporan yang diterima, diikuti penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM3.57 juta daripada 209 kes, serta pembelian dalam talian yang melibatkan kerugian hampir RM430,000.

Kajian mendapati mangsa terjerat disebabkan kurang pengetahuan mengenai kewangan dan literasi kewangan digital, selain terpengaruh dengan janji pulangan yang tinggi dalam masa singkat.

MASNIZA AWANG KECHIK