fb fb fb fb fb

Kes amang seksual pelajar lelaki, guru direman enam hari

Gambar hiasan

KOTA BHARU, 16 Julai – Seorang guru sebuah sekolah di sini direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap beberapa pelajar lelaki.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga 21 Julai ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Suspek direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat oleh mangsa yang berusia belasan tahun, dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN