fb fb fb fb fb

Kes 1MDB: Pendakwaan mahu pinda tiga pertuduhan terhadap Najib

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Pihak pendakwaan dalam kes penyelewengan dana RM2.28 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memfailkan pindaan dua pertuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan penyalahgunaan kedudukan dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini dengan meminda jumlah wang dengan pengurangan berjumlah kira-kira RM5,360,065 iaitu daripada RM2.28 bilion ke RM2.27 bilion.

Kamal Baharin ketika berhujah berkata, pindaan tiga pertuduhan itu sama sekali tidak akan memprejudis atau merugikan tertuduh kerana Najib akan diberi setiap peluang untuk membela diri.

Menurutnya permohonan pindaan itu juga selaras dengan prinsip undang-undang dan tidak memudaratkan tertuduh.

Sementara itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantah permohonan berkenaan kerana pihaknya perlu melihatnya secara berhati -hati.

Shafee juga kemudian mencadangkan prosiding bersambung dengan hujahan isu dokumen kes itu, sebelum Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkannya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE