fb fb fb fb fb

Kemuka tuntutan palsu RM1.18 juta, seorang lagi pegawai kanan direman

Alor Setar, 27 Mac- Seorang lagi pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa direman kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal bernilai RM1.18juta.

Perintah tahanan reman selama sehari itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Noor Hasliza Md Ali, selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira 5 petang semalam di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut .

Katanya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Semalam 4 individu direman termasuk seorang pemilik syarikat dan seorang pengarah logistik penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal agensi penguatkuasa antara Julai hingga November 2020.

GRACE AISYAH KEDAYAN