fb fb fb fb fb

Kembali menagih dadah, dua lelaki dipenjara tujuh tahun

Foto Hiasan/ BERNAMA

SANDAKAN, 19 Jun- Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara masing-masing selama tujuh tahun, tiga kali sebatan, dan dua tahun pengawasan polis selepas kembali menagih dadah walaupun telah menjalani hukuman sebelum ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Zaini Fishir @ Fisal, menjatuhkan hukuman tersebut selepas kedua-dua tertuduh, Rossidi Musa Lamri, 42 tahun, dan Sukirno Saito, 48 tahun, mengaku bersalah di mahkamah itu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Rossidi sebelum ini pernah disabitkan kesalahan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 pada 12 November 2017 dan 17 Oktober 2018 di Mahkamah Majistret Sandakan.

Manakala Sukirno pula pernah disabitkan di bawah Seksyen 39C(1) ADB 1952 di Mahkamah Majistret Sandakan pada 29 Disember 2020.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM