fb fb fb fb fb

Kastam rampas tembakau, beras dan dadah seludup bernilai lebih RM3 juta

Norlela Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan dua aktiviti penyeludupan melibatkan tembakau, beras, bijirin, dan pil ekstasi bernilai lebih RM3 juta di Selangor dan Kuala Lumpur.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan produk tembakau seberat 7,303 kilogram (kg) bernilai RM325,000 dan 7,580 kg beras basmati dan bijirin bernilai RM351,700 dengan keseluruhan cukai berjumlah RM2,816,880

"Susulan dari penahanan tiga buah kontena ini tiga orang wakil ejen penghantaran telah dipanggil untuk membantu siasatan. kes ini masih lagi dalam siasatan.

"Modus operandi yang digunakan adalah dengan membuat pengikraran dagangan sebagai 'Assorted Food Beverage' yang merupakan dagangan yang tidak memerlukan permit import. Kes ini disiasat bawah Seksyen 135 (1)(A) Akta Kastam 1967," katanya.

Dalam pada itu, operasi turut dilakukan di Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Julai lalu dan pihak kastam menemukan sejumlah pil berwarna jingga disyaki pil ekstasi dengan anggaran berat 0.43 kilogram bernilai lebih RM71,800.

Bungkusan itu dipercayai dari negara di Eropah dan butiran penerima adalah menggunakan alamat palsu di Petaling Jaya, Selangor.

Kes disiasat bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada masa sama pihaknya akan membuat pemeriksaan berkala bersama anjing pengesan di tempat kurier sekitar Lembah Klang bagi memastikan aktiviti pengedaran dadah melibatkan kurier dapat dibanteras.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI