BUTTERWORTH, 19 Mac - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya merampas sembilan juta batang rokok putih yang diseludup menerusi sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
Pengarahnya, Roselan Ramli berkata, berdasarkan pemeriksaan, rokok seludup berkenaan disyaki dari sebuah negara jiran.
Siasatan awal mendapati kontena tersebut dikendalikan sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di pelabuhan tersebut, dan diimport oleh sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad di Selangor.
Jelas Roselan, Modus Operandi yang digunakan adalah mengikrar dagangan sebagai muatan perabot.
Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti suspek yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan ini.
"Kontena ini hendak dibawa masuk ke Malaysia.Kita tak dapat pasti di mana tapi kita tangkap di Pelabuhan Klang.
"Saya percaya rokok-rokok yang ada ini kemungkinan besar boleh digunakan oleh orang-orang yang berada di tapak pembinaan atau pun di kawasan-kawasan ladang sebab kita tengok rokok ni jarang ada di pasaran kita jarang tengok dia punya jenama", katanya ketika ditemui media di sini.
Kesemua rampasan termasuk cukai dianggarkan bernilai RM7.9 Juta
Kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.