fb fb fb fb fb

Kanak-kanak tiga tahun kritikal terambil lebih dadah dalam kereta -Polis

(Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun bercakap kepada pemberita selepas
melawat kanak-kanak tersebut yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)


KOTA BHARU, 21 Jun- Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang kini dalam keadaan kritikal kerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya, kemungkinan ‘terambil’ lebih dadah di dalam kereta milik bapa sepupunya ketika dibawa ke lokasi penagihan dadah, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata susulan itu kereta milik bapa sepupu kanak-kanak itu, yang berusia 30 tahun, telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut terhadap kereta Proton Saga milik suspek akan dilakukan oleh pihak forensik,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak tersebut yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Semalam media melaporkan kanak-kanak yang berasal dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kandungan dadah di dalam badannya.

(Kanak-kanak berumur 3 tahun kritikal kerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya
kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) 


Muhamad Zaki berkata yang menyifatkan kejadian yang menimpa kanak-kanak itu sebagai sesuatu yang malang berkata, siasatan polis mendapati keluarga kanak-kanak itu memang menghadapi banyak kesukaran, selain emak kanak-kanak itu sendiri menghidapi penyakit kanser tahap empat.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis telah menjalankan Ops Khas di kawasan Kampung Sri Bintang tengah malam tadi dan menahan sembilan individu, di samping merampas 102 biji pil kuda. -BERNAMA

Berita berkaitan 
Kanak-kanak tiga tahun kritikal, dadah dalam badan

Media Baharu