fb fb fb fb fb

13 tahi dadah ditahan menerusi Ops Tapis Khas Daerah Pontian

PONTIAN, 22 Jun-  Seramai 13 lelaki berumur 24 hingga 60 tahun, ditahan, disyaki memiliki dan mengambil dadah, menerusi enam serbuan di lokasi berlainan di Pontian, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib memaklumkan, tangkapan dijalankan menerusi Ops Tapis Khas Daerah Pontian, melibatkan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kawasan operasi dikenal pasti menjadi tempat penagih mengambil dadah melibatkan tiga lokasi di Kukup, serta satu lokasi masing-masing di Serkat, Permas dan Pontian.

Antara dadah dirampas, syabu dan heroin, manakala ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 15 (1) akta yang sama.


(Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib)


(Penagih-penagih dadah yang ditahan polis)

Media Baharu