KUALA LUMPUR, 28 Januari- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman hari ini memaklumkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular tindakan anggota polis trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman terhadap pasangan warga United Kingdom.
Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya telah mengesan video tular itu pada jam 4.30 petang Ahad.
"Kita mengambil maklum kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan terbabit serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.
"JSPT Akan memaklumkan perkembangan siasatan berhubung perkara ini dan juga tindakan lanjut yang akan diambil," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Azman berkata, orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat.
Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut diminta menghubungi talian bilik gerakan 03- 22663356 atau email