fb fb fb fb fb

JPJ Perlis sita 126 motosikal atas pelbagai kesalahan

KANGAR, 27 November - Sebanyak 126 buah motosikal disita oleh Bahagian Penguat kuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis bagi tempoh Januari hingga 26 November ini.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata kesemua motosikal terbabit disita menerusi Operasi Khas Motosikal yang dilaksanakan di seluruh negeri itu bagi tempoh berkenaan.

"Motosikal yang disita melibatkan pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian motosikal secara ekstrem bagi tujuan menduga kelajuan atau pun berlumba secara haram," katanya.

Selain itu, kesalahan lain dikesan melibatkan Tiada Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motosikal (LKM) Tamat Tempoh dan Tiada Perlindungan Insurans.

Kesemua penunggang yang notosikal disita dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 26(1), 23(1) dan 90(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) pindaan 2021.

JPJ Perlis akan terus melaksanakan Operasi Khas Motosikal secara berkala bagi meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya dikalangan penunggang motosikal di negeri ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN