fb fb fb fb fb

JKDM Kedah rampas ketulan ganja mampat disyaki diseludup nelayan asing

Pengarah JKDM Kedah, Nor Azah Abdul Latiff (dua, kanan) menunjukkan ketulan dadah jenis ganja yang dirampas dalam serbuan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ) Sungai Berembang, Kuala Perlis

ALOR SETAR, 19 Februari - 120 ketulan mampat ganja bernilai RM420,000 dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Berembang, Kuala Perlis.

Rampasan dilakukan dari bot nelayan negara jiran tanpa nombor pendaftaran, Khamis lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Nor Izah Abdul Latiff berkata ketika serbuan, bot berkenaan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
 
Beliau berkata, hasil pemeriksaan telah menemukan enam karung guni mengandungi bahan terlarang itu.
 
"Dadah jenis ganja berasal dari negara jiran dan telah dibawa masuk secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot nelayan. Ini bertujuan untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa.

"Dadah ini akan diedarkan di kawasan persisir pantai Kuala Perlis dan Kuala Sanglang untuk pasaran tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kastam Negeri Kedah di Jalan Pegawai, di sini.

Nor Izah berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan menyimpan dan mengedar dadah yang berbahaya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN