fb fb fb fb fb

JIM Labuan serbu penempatan, 19 warga asing ditahan

Seramai 19 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di beberapa penempatan sekitar Labuan / Foto JIM Labuan

LABUAN, 11 April – Seramai 19 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di beberapa penempatan sekitar Labuan awal pagi semalam.

Menurut Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai, operasi tersebut dijalankan hasil maklumat dan aduan awam berkaitan kehadiran warga asing tanpa dokumen yang sah.

“Bertindak atas risikan dan maklumat diterima, pasukan kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas 26 individu, terdiri daripada warganegara asing dan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati 19 individu yang ditahan merupakan warganegara Filipina, terdiri daripada lapan orang dewasa dan sebelas kanak-kanak.

Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit sah.

Kesemua tahanan kini ditempatkan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN