JOHOR BAHRU, 17 Julai – Seramai 35 pekerja asing diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam serbuan di beberapa premis sekitar negeri ini pada Selasa lalu.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 55 tahun.
Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Thailand, Afghanistan dan India.
“Operasi ini dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung kehadiran pekerja asing tanpa pas atau permit sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, selain disiasat mengikut Peraturan 11(7)(a) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Mohd Rusdi berkata, semua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.