KUALA LUMPUR, 5 Januari- Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB) dan Perisikan Siasatan Khas (PSK) menahan 15 individu dan merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM21 juta dalam sembilan serbuan dan operasi dari 1 hingga 5 Januari 2024.
Menerusi kenyataan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata operasi itu membabitkan penguatkuasaan terhadap penyeludupan hidupan liar, dadah tiruan dan penyelewengan diesel bersubsidi.
Antara kesalahan yang diambil tindakan dalam operasi ini melibatkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 11 Akta Makanan 1983, dan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian).
WCB dan PSK komited dalam melaksanakan visi dan misi yang digariskan pasukan.
Justeru, operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain akan terus dilaksanakan dalam mengekang dan memerangi jenayah seumpama ini.