fb fb fb fb fb

JAS rakam percakapan, tahan operasi 3 kilang kebakaran di Bukit Selambau

tiga buah gudang penyimpanan barang terpakai – terdiri daripada logam tembaga, wayar, dan bateri – terbakar

SUNGAI PETANI, 6 Disember - Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat penahanan operasi terhadap ketiga-tiga premis sebuah kilang di Bukit Selambau dekat Sungai Petani, Kedah yang terbabit dalam kebakaran pada Ahad lalu.

Pengarah  Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, turut menyita peralatan di dalam premis tersebut, yang didapati beroperasi tanpa lesen menjalankan aktiviti pengumpulan dan pemprosesan bahan buangan terjadual.

“Setakat ini JAS Kedah telah membuat rakaman percakapan tuan tanah dan salah satu pemilik premis yang terlibat yang merupakan seorang warga Malaysia.

“Manakala dua lagi pemilik premis yang bukan warga tempatan masih dalam proses untuk dirakam percakapan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan perundangan setiap premis perlu memohon menjadi Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Jelasnya lagi, pemilik premis perlu empunyai lesen daripada JAS bagi menduduki atau menggunakan premis tertakluk kepada Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Berdasarkan rekod setakat 5 Disember tahun ini, sebanyak 24 buah kilang mempunyai lesen yang dibenarkan mengikut kemudahan pemerolehan kembali, pengolahan dan pelupusan buangan terjadual (PYDT-BT).

Terdapat 4,091 punca industri perlu dikuatkuasakan yang melibatkan 33 orang penguat kuasa bagi mengawal selia premis industri di Kedah.

Pada kejadian berlaku Ahad lepas, tiga premis yang menempatkan barangan terpakai berupa logam tembaga dan wayar di sebuah kilang di Bukit Selambau musnah dalam kebakaran.

Kebakaran itu menyebabkan berlaku letupan dan percikan ‘bunga api’, sebelum pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada 10.02 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

GRACE AISYAH KEDAYAN