fb fb fb fb fb

Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak keempat selesai beri keterangan

FOTO HIASAN

KOTA KINABALU, 26 September - Saksi kanak-kanak keempat selesai memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada hari ke-15 perbicaraan pagi tadi.

Pelajar itu mula memberi keterangan pada pukul 9.30 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudian sebelum mahkamah ditangguhkan pada 11.35 pagi.

Terdahulu, pasukan pegawai pengendali kes memaklumkan, saksi kanak-kanak kelima akan dipanggil memberi keterangan pada pukul 2 petang ini.

Seorang lagi saksi turut bersedia tampil sekiranya keterangan saksi kelima selesai lebih awal.

Prosiding yang melibatkan saksi kanak-kanak dijalankan secara tertutup.

Sebelum ini, Koroner Amir Shah Amir Hassan mencadangkan prosiding berkenaan diberi liputan media.

Namun, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu semalam memutuskan untuk mengekalkan status quo, iaitu tidak membenarkan sebarang liputan media.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE