fb fb fb fb fb

Inkues Zara Qairina: Dua lagi saksi kanak-kanak beri keterangan hari ini

Foto kecil: Zara Qairina

KOTA KINABALU, 22 Oktober- Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-26 dengan dua lagi saksi kanak-kanak memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini.

Dua saksi berkenaan merupakan saksi ke-27 dan ke-28 keseluruhan, masing-masing saksi kanak-kanak ke-18 dan ke-19 yang bersumpah serta menjawab soalan pasukan peguam di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Semalam, dua saksi kanak-kanak lain turut selesai memberi keterangan termasuk seorang yang menggambarkan Allahyarham Zara sebagai pelajar ceria dan aktif.

Mahkamah turut menetapkan lanjutan prosiding inkues sehingga Disember ini dengan pendengaran bersambung antara 21 hingga 23 Oktober serta beberapa tarikh lain sebelum perbicaraan kes lima pesalah kanak-kanak bermula pada 8 Disember depan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA