fb fb fb fb fb

Imigresen serbu rumah urut tawar khidmat seks, empat warga Thai ditahan

Empat warga Thai yang ditahan imigresen dalam serbuan di Kepong malam tadi

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Berselindung di sebalik pusat rawatan refleksologi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan akhirnya terbongkar menerusi Ops Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Kepong, malam tadi.

Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dijalankan susulan aduan awam berhubung kegiatan maksiat yang berselindung di sebalik premis tersebut.

Dalam serbuan tersebut JIM telah menahan empat tukang urut wanita warga Thailand yang diberkas dalam serbuan itu manakala seorang lelaki tempatan turut ditahan dipercayai berperanan sebagai penjaga premis.

"Tangkapan ini melibatkan kesalahan yang amat seing berlaku di Kuala Lumpur iatu menyalahgunakan visa. Keempat-empat warga Thailand ini telah masuk berulang kali ke Malaysia melalui pintu masuk di utara.

"Kita dapati cap-cap imigresen mereka ini telah tinggal hampir tempoh visa apabila habis merek balik dan masuk semula, kita panggil istilah u-turn,"katanya.

Kesemua wanita berkenaan berusia lingkungan 30 hingga 53 tahun dibawa ke Depot Tahanan Sementara Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Manakala penjaga premis berusai 20 tahun ditahan bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing tanpa izin.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE