fb fb fb fb fb

Imigresen gempur rumah kedai terbiar dijadikan sarang persundalan

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Jabatan Imigresen (JIM) hari ini menyerbu rumah kedai usang dipercayai menjadi sarang persundalan beroperasi sejak dua tahun lalu di sekitar Klang,Selangor.

Menerusi serbuan tersebut seramai 60 individu ditahan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, operasi dijalan susulan risikan selama tiga bulan.

Penahanan membabitkan 58 warganegara asing pelbagai negara dan dan dua warga tempatan.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

"Kesemua mereka ini berumur antara 24 hingga 60 tahun yang terdiri daripada 28 lelaki dan 30 orang perempuan.

"Tahanan ini akan ditempatkan di Depoh Imigresen untuk tindakan susulan dan kita akan hantar di Depoh Pekan Nenas," katanya.

Mengulas lanjut, modus operandi kegiatan tidak bermoral itu menyasarkan warga asing yang tinggal di kawasan sekitar untuk mendapatkan perkhidmatan seks.

Pemeriksaan mendapati kawasan rumah kedai usang berkenaan dijadikan bilik untuk mereka menetap dengan kadar sewaan kira-kira RM400 ke RM500 sebulan serta menawarkan khidmat seks serendah RM50.

Dalam operasi tersebut, JIM turut membongkar sebuah premis telekomunikasi yang telah diubah suai menjadi bilik bagi aktiviti persundalan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE