
MIRI, 14 Oktober- Seorang pelajar maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan di Kilometer (KM) 55, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu, semalam.
- Kereta dipandu wanita tempatan 46 tahun dari arah Miri menuju Bakong dipercayai melanggar mangsa ketika melintas
- Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Tun Abang Haji Openg Bekenu
- Pemandu tidak mengalami kecederaan manakala kenderaan rosak pada bahagian hadapan sebelah kiri
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; orang ramai diminta hubungi Inspektor Mohd Faizal Moktar 012-8186509 atau 085-430479
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.10 tengah hari ketika kereta dipandu seorang wanita berusia 46 tahun dari arah Miri menuju ke Bakong dipercayai melanggar mangsa yang sedang melintas jalan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 1.20 tengah hari oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Tun Abang Haji Openg, Bekenu.
Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan, manakala kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada kiri bahagian hadapan.
ACP Mohd Farhan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizal Moktar, menerusi talian 012-818 6509 atau 085-430479, atau mana-mana balai polis berhampiran.